Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Syed Ali Khamenei berkata negaranya perlu terus menguatkan dirinya sendiri dalam rangka menghadapi permusuhan daripada pihak yang pelbagai.
Ayatullah Khamenei membuat kenyataan itu pada hari Selasa ketika berucap di dalam sebuah majlis memperingati demonstrasi pro-kerajaan yang berlangsung pada 30 December 2009.
Pada hari tersebut, para demonstran yang menyokong kuat sistem pemerintahan Iran, turun ke jalan raya sebagai reaksi mereka terhadap kekacauan yang dilakukan oleh puak tertentu yang tidak puas hati terhadap keputusan pilihan raya pada tahun itu.
Syed Ali Khamenei mengatakan bahawa demonstrasi itu adalah salah satu contoh terbaik berkaitan kekuatan yang dimiliki oleh Republik Islam.
27 Disember 2016 - 17:51
News ID: 801161
Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Syed Ali Khamenei berkata negaranya perlu terus menguatkan dirinya sendiri dalam rangka menghadapi permusuhan daripada pihak yang pelbagai.